PERSATUAN INDIA MUSLIM PERAK BERKOLABORASI BERSAMA SYARIKAT MINYAK AFIAT SUMBANG BANTUAN KEPERLUAN.

31 Oktober, IPOH- Istilah tanggungjawab sosial korporat atau lebih dikenali sebagai ‘ Corporate Sosial Responsibility (CSR) tidak asing lagi dengan masyarakat pada masa kini.

 

Bahkan, CSR dilihat sebagai satu agenda signifikan bagi pengurusan sesebuah organisasi dalam mengambil tindakan kearah kebajikan.

 

Pengerusi Persatuan India Muslim Perak (PRIM), Dr Mohamed Arib Aliah dan wakil Syarikat Minyak Afiat , SI(B) Saidu Kenchi Mohamad hadir menyampaikan sumbangan keperluan makanan asas dan satu set bersalin kepada satu keluarga asnaf bertempat di Jalan Merpati, Manjoi pada hari ini.

 

Menurut penerima sumbangan Anis Sofia Abdul Aziz berkata, ” Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PRIM dan Syarikat Afiat diatas sumbangan keperluan makanan asas dan set bersalin ini” ujar beliau kepada pemberita.

 

Ketika wartawan melakukan tinjauan terdapat semak-samun serta aliran peparitan tersumbat yang memerlukan perhatian pihak kerajaan serta NGO untuk berkerjasama dalam membantu keluarga ini.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *