PERSATUAN PEMBANGUNAN MINDA SIHAT (PPMS) DAN MARINA ISLAND PANGKOR ANJUR LARIAN 5 KM LANTERN NIGHT RUN 2024
LUMUT, 13 JULAI – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak, YB Khairudin Abu Hanifah hadir melancarkan ‘Lantern Night Run 2024′ bertempat di Kompleks Jeti Marina Island pada malam tadi berlansung dengan meriah.
Turut mengiringi beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island Pangkor, Ding Mei Looi, Penaung PPMS merangkap Orang Besar Jajahan Manjung, Kolonel (B) Dato’ Shaharudin Nazari, YB Dato’ Ngeh Koo Ham, YB Senator Datuk Dr Mohd Hatta, YB Jason Ng Thien Yeong, YB Norhaslinda Zakaria, YB Komander(B) Nordin Ahmad Ismail serta para peserta larian yang hadir.
Menurut Penaung PPMS, Shaharudin Nazari menyatakan seramai 1,100 orang peserta menyertai acara ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat termasuk dari luar daerah Lumut yang turut serta memeriahkan lagi acara sebegini.
“Ini adalah julung kalinya acara larian 5 kilometer dianjurkan pada waktu malam setelah 3 kali penganjuran dilaksanakan pada waktu siang . Tujuan utama acara ini bukanlah sekadar pertandingan sahaja tetapi ianya juga lebih kepada interaksi bersama keluarga yang berkonsepkan larian santai, “ujar beliau kepada pemberita.
Turut ditampilkan juga adalah persembahan istimewa iaitu ‘Kawad Senyap’ daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), silat gerak seri naga, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Disediakan oleh Azizi Latif