PPK BAGAN SERAI / BERIAH TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM76,000 KEPADA MAIPk .

SEMANGGOL – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai / Beriah telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM76,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan ( MAIPk ).
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) Negeri Perak, Dato’ Sham Mat Sahat di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bertempat di Bukit Merah Laketown Resort pada Khamis.
Dato’ Sham berkata, pada hari ini turut diadakan majlis berbuka puasa bersama PPK Bagan Serai / Beriah serta ketua-ketua unit, ketua peladang dan juga ketua peladang muda di peringkat unit-unit untuk berbuka puasa bersama-sama pada tahun ini.
” Program majlis berbuka puasa dan juga penyampaian zakat perniagaan PPK Bagan Serai / Beriah diadakan setelah kita membayar ke MAIPk sebanyak RM76,000 dan pihak MAIPk telah pulangkan semula sebanyak RM18,000 untuk kita sampaikan kepada asnaf di peringkat unit-unit di kampung-kampung.
“Di PPK Bagan Serai / Beriah ini terdapat 33 unit keseluruhan Bagan Serai serta Beriah dan di dalam daerah Kerian terdapat 5 PPK yang telah mencatat keuntungan.
” Alhamdulillah PPK yang saya pengerusikan ini, pada setiap tahun telah mencatat keuntungan yang tinggi,” ujarnya.
Beliau turut menambah, pada tahun 2024 PPK telah mencatat hampir RM600,000 dan pada tahun 2025 pula PPK telah mencapai hampir RM700,000 .





