collapse
Home / MASYARAKAT / PROGRAM HARI BUMI DAN HARI ALAM SEKITAR DI SAMBUT MERIAH

PROGRAM HARI BUMI DAN HARI ALAM SEKITAR DI SAMBUT MERIAH

12-Jul-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  253 views

IPOH - Lions Club of Perak Silver State (LCPSS) berkolaborasi bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah (SK) Raja Chulan bagi menjayakan program Hari Bumi dan Hari Alam Sekitar 2026 untuk kali ke-4 yang telah berlansung dengan suasana meriah.

IMG-20260712-WA0089
Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Pengerusi Wilayah Kelestarian Alam Sekitar LCPSS, Dr. Richard Ng bertempat di Dewan Sir Chulan, Desa Cempaka pada pagi Sabtu.

Turut hadir Guru Besar SK Raja Chulan,Fadzir Shaharuddin, Yang Dipertua PIBG SK Raja Chulan, Abdul Rahin Mat, Pengerusi Wilayah LCPSS, Stephen Ooi serta Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh, Tan Kean Hin.

IMG-20260712-WA0092
Fadzir berkata, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran pihak pemegang taruh untuk turut serta membantu memperkasakan lagi sekolah ini terutamanya dari segi pendidikan berkaitan kelestarian alam sekitar.

"Seperti yang kita tahu, generasi muda pada hari ini pengetahuan mereka amat kurang mengenai kelestarian alam sekitar dan dengan kehadiran LCPSS ianya dapat membantu menyampaikan kesedaran kepada generasi muda agar pentingnya menjaga alam sekitar.

IMG-20260712-WA0093
"Terima kasih juga di atas sumbangan pelbagai jenis pokok serta beberapa unit lampu solar sebagai alternatif tanpa penggunaan elektrik untuk kemudahan kepada murid-murid SK Raja Chulan terutamanya yang hadir pada awal pagi,"ujarnya.

Richard pula berkata, selain memberi taklimat pendidikan pentingnya menjaga alam sekitar, beliau turut menggalakkan aktiviti menanam pokok sebagai alternatif terbaik untuk menyejukkan permukaan bumi.

IMG-20260712-WA0091
"Saya menyarankan agar murid-murid, ibu bapa serta komuniti mengurangkan penggunaan beg plastik kepada jenis beg guna semula kerana beg plastik ini adalah angkara besar serta penyumbang kepada perubahan cuaca.

"Jadi pada hari ini pasukan daripada LCPSS, Hospital Pantai Ipoh, KOHIJAU dan Ipoh City Watch turut menyumbang tiga pokok teduhan, lampu solar, beg guna semula serta beberapa jenis pokok untuk projek landskap halaman minda sihat supaya pelajar dapat menikmati dan faham perlunya menjaga kelestarian alam sekitar,"katanya.

IMG-20260712-WA0090
Pada program tersebut, turut di adakan juga pameran guna semula bahan buangan menjadi seni kreatif yang boleh menjana pendapatan sampingan.

IMG-20260712-WA0088
IMG-20260712-WA0087
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.