PROGRAM KECERIAAN DAN KESELAMATAN 2025 DI PAWE MANONG

MANONG – Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) serta penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega apabila sebatang pokok mempelam berusia lebih 99 tahun yang terletak berhampiran pejabat PAWE berkenaan akan ditebang segera.
Tindakan ini dibuat susulan aduan kebimbangan penduduk kampung di kawasan berkenaan yang bimbang terhadap keselamatan mereka kerana pokok berkenaan boleh tumbang bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika angin kencang dan ribut.
Program tersebut telah diluncurkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Manong), Azizul Rahim Abdul Rahman bertempat di perkarangan pejabat PAWE Manong pada pagi tadi.
Azizul mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga PAWE yang turut hadir bersama-sama menjayakan program tersebut.
“Untuk makluman terdapat sebanyak 8 batang pokok di Kampung Suak Petai yang akan ditebang berdasarkan aduan penduduk kampung.
“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada pewakaf yang telah mewakafkan tanah ini untuk untuk dimanfaatkan oleh masyarakat disini dan saya akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi di DUN Manong,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Menurut pemilik asal tanah wakaf, Hazim Abdul Mokti turut menambah, ” Tanah ini telah diwakafkan untuk kebajikan dan saya tiada halangan sekiranya pokok ini ditebang sekiranya melibatkan keselamatan penduduk disini”.





