PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA YAYASAN AXIATA DAN YAYASAN PELAJARAN MARA

GERIK – Seramai 280 pelajar telah menerima sumbangan peralatan serta kelengkapan sekolah bagi Zon Gerik melalui kolaborasi Yayasan Axiata dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

 

Yayasan Axiata telah melancarkan program Kembali Ke Sekolah sejak dari tahun 2022 yang telah melibatkan lebih 2,000 orang pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan dengan jumlah pelaburan melebihi RM1 juta dan sebanyak RM250 ribu diperuntukkan fasa pertama di negeri Perak iaitu di Gerik dan Pengkalan Hulu.

 

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dasuki bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik pada Jumaat.

 

Turut mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Pembanggunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembanggunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Dato’ Salbiah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata, Mohamaf Kamal Nawawi serta Ketua Pegawai YPM, Faisalludin Mohamad Yusuff.

 

Asyraf berkata, Yayasan Axiata bersama-sama dengan Yayasan Pelajaran MARA berkerjasama memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin dan juga daripada keluarga pendapatan rendah sebanyak RM250 setiap seorang pelajar meliputi pakaian, peralatan sekolah lengkap .

 

“Baju sekolah ini termasuklah baju sukan, seluar trek, songkok, kasut dan juga peralatan tulis untuk para pelajar

 

“Bukan setakat itu saja, YPM juga akan mengadakan program tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar terutama luar bandar yang akan menghadapi peperiksaan SPM ke parlimen Gerik pada tahun ini.” ujar beliau.

 

Pada sebelah petangnya turut diadakan program Kembali Ke Sekolah bertempat di Dataran Arena Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang turut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Asyraf Wajdi Dasuki.

 

Seramai 170 pelajar telah menerima sumbangan peralatan serta kelengkapan sekolah bagi Zon Pengkalan Hulu.

 

Beliau turut menyaksikan majlis penyerahan Cek Cura bernilai RM250 ribu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM dan juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar serta turut membantu pelajar mencuba pakaian baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *