SANTUNI WIRA MADANI PENGHARGAAN KERAJAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

IPOH – Program Santuni Wira Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianjurkan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada petugas barisan hadapan yang menabur bakti menjaga kesejahteraan dan juga keselamatan rakyat.

 

Program tersebut diluncurkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak pada pagi Rabu.

 

Muhammad Kamil berkata program ini dilancarkan secara serentak di 13 buah negeri diseluruh negara.

 

” Di negeri Perak pada permulaan sebanyak 400 pek edaran juadah sahur telah disampaikan di beberapa balai polis, balai bomba serta hospital yang terpilih,” ujarnya

 

Ketika sidang media, beliau juga turut menjawab soalan wartawan mengenai perpaduan.

 

Beliau menyatakan, sekiranya terdapat perbezaan, ia hanyalah dari segi pendekatan politik yang diambil oleh pemimpin dalam menguruskan sesuatu isu.

 

“Ada orang suka ambil jalur yang keras, tapi sebahagian yang lain pula mengambil pendekatan lebih berhati-hati dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini.

 

“Jadi ianya harus ada kebijaksanaan dalam mengurus dan mengawal beberapa perkara terutamanya isu-isu sensitif khususnya agama, bangsa serta institusi diraja (3R).

 

“Kita mungkin berbeza pandangan dalam beberapa perkara, tapi itu tidak bermaksud bahawa kesatuan dan juga kekuatan orang Melayu dan juga bumiputera terhakis di negara kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *