‘SPEEDY TIGERS’ MENCENGKAM KANADA 3-2

IPOH – Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila menumpaskan pasukan Kanada pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah pada malam ini.

 

Ini adalah kemenangan pertama setelah seri 2-2 menentang New Zealand pada perlawanan pembukaan pada Ahad lepas.

 

Malaysia kini telah mengumpul sebanyak 4 mata keseluruhan dan turut berkongsi mata bersama New Zealand pada perlawanan pusingan ke-2.

 

Ketangkasan Speedy Tigers telah berjaya memecahkan benteng lawan menerusi jaringan Akhimullah Anuar pada minit ke-5.

 

Kanada yang juga dikedudukan ke-20 dunia, telah melancarkan serangan balas dan berjaya menghasilkan 2 gol pantas menerusi jaringan Sean Davies pada minit ke-13 dan Matthew Sarmento pada minit ke-17 menjadikan kedudukan Kanada dihadapan.

 

Bagaimanapun kepantasan Speedy Tigers melancarkan serangan balas berjaya membuahkan hasil menerusi jaringan Azrai Aizad pada minit ke-20 dan Faisal Saari pada minit ke-25 meletakkan Malaysia pada kedudukan 3-2 sehingga akhir perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *