ZIARAH KASIH PARLIMEN BUKIT GANTANG

BUKIT GANTANG – Program Ziarah Kasih Parlimen Bukit Gantang bukan sekadar tertumpu kepada penyampaian bantuan atau pelaksanaan aktiviti berbentuk kebajikan semata-mata.

 

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, objektif sebenarnya adalah untuk menyelami sendiri realiti kehidupan rakyat serta memahami cabaran dan permasalahan yang mereka hadapi secara lebih dekat.

 

“Ini juga sebahagian daripada tinjauan kita untuk memastikan bahawa program seumpamanya mengenai pemberian bantuan daripada Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang itu betul-betul berlangsung.

 

“Ini kerana kita dapat maklum balas atau pun respon secara langsung daripada penduduk dan ketua masyarakat khususnya di kawasan kampung,” ujar beliau kepada pemberita, pada petang semalam.

 

Beliau ditemui ketika menyantuni 2 buah keluarga di Kampung Rahmat serta Kampung Kurnia Jaya melibatkan bantuan mesin oksigen kepada adik Nur Adriana Batrisya Mohd Hairol yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya ( OKU ) dan juga bantuan pembelian ubat – ubatan kepada adik Nur Faqeeha Muhammad Firdaus yang mengalami kanser darah.

 

Syed Hussin juga turut menyangkal dakwaan bahawa Program Ziarah Kasih Parlimen Bukit Gantang merupakan acara berunsur politik.

 

Jelasnya, bantuan disalurkan tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik penerima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *