134 ANAK ANGGOTA MBI TERIMA SUMBANGAN MENERUSI PROGRAM BACK TO SCHOOL

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Back To School pada Jumaat.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Komuniti MBI dengan kerjasama Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan Pasaraya Borong Sakan itu bertujuan memberi bantuan awal persekolahan kepada anak anggota MBI yang kurang kemampuan dalam kategori B40.
Menerusi program itu seramai 67 orang pelajar sekolah menengah dan 67 orang pelajar sekolah rendah telah menerima manfaat berkenaan.
Kesemua mereka menerima barangan kelengkapan sekolah seperti baju, beg dan kasut sekolah.
Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan majlis perasmian Program Back To School tersebut.
Turut hadir pada program berkenaan Ahli Majlis MBI, Ir. Ahmad Fauzan Ahmad Malik, Pengurus Operasi, Hud Abdul Halim, Pengurus Perhubungan Awam, Mohd Azham Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, Nafisah Izati Sharifuddin, Pengurus Pasaraya Borong Sakan Cawangan Kuala Kangsar dan Ketua Jabatan MBI.
Diharapkan program seumpama ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak, membantu pelajar mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta memberi galakan kepada para pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik.
Sumber MAJLIS BANDARAYA IPOH













