Saya tetap setia dan sokong PM – Tajuddin

Tajuddin (berdiri) bersama Ismail Sabri pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, pada Ahad.

Oleh Rosdalilah Zahari

PASIR SALAK – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tetap setia dan sokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, biar orang kata apa pun pada dia, lembik la apa la,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kenduri Rakyat yang diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Litar Dato’ Sagor, di sini pada Ahad.

Menurutnya, dalam tempoh tidak sampai setahun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menangani masalah rakyat.

“Selaku wakil rakyat, Ketua Bahagian sama ada masih menjadi ketua atau tidak, kita di Pasir Salak jamin untuk  beri sokongan padu untuk Perdana Menteri,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara terbuka mengkritik Ismail Sabri dengan menganggap Naib Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri dari UMNO paling lemah dalam sejarah.

Kritikan Nur Jazlan itu dibuat sebagai mengkritik tindakan Ismail Sabri yang lewat mengambil keputusan berhubung jawatan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet.

#PerakKini #UMNO #sokong #PM #PasirSalak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *