GERAKAN tampil 80 peratus muka baharu pada PRU-15

Dominic Lau (tengah) pada sidang media di Wisma Gerakan Perak hari ini.
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) akan menampilkan 80 peratus muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum PRU ke-15 (PRU-15) akan datang.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata calon dipilih terdiri daripada pasukan campuran membabitkan muka baharu bersama-sama mereka yang berpengalaman untuk bertanding pada PRU nanti.
“Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat telah pun membuat keputusan PRU15 ini memang sangat penting bagi parti GERAKAN oleh itu calon-calon kita terdiri daripada 80 peratus muka baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Gerakan Perak pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Presiden GERAKAN Oh Tong Keong dan Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng.
Dalam perkembangan sama, Dominic Lau menegaskan GERAKAN bukan parti politik berasaskan kaum.
“Parti GERAKAN memang parti yang ‘non ethnic political party’ kerana kita ada kaum Melayu, Cina dan India.
“Jadi, kali ini memang kita bukan mempertimbangkan dari segi calon tetapi pertimbangan kita membabitkan ‘winnable candidate’ (calon boleh menang),” katanya.
“Selain itu, GERAKAN juga mengetengahkan calon yang boleh membela hak rakyat. Inilah kriteria yang akan dipertimbangkan untuk PRU15,” jelasnya.
#PerakKini #GERAKAN #PRU15
