Sultan Perak terima zakat RM2.6 juta bagi pihak MAIPk

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,620,200.13 daripada lima syarikat korporat dan koperasi kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini, hari ini.

Lima syarikat korporat dan koperasi terbabit adalah Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd, YP Nominess Holdings Sdn Bhd dan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad.

Penyerahan zakat itu didahului oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Mubarak Ali Gulam Rasul dengan jumlah bayaran sebanyak RM1,338,838.41.

Kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd, Yusmah Salleh dengan jumlah zakat perniagaan RM488,568.78.

Sementara itu, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iwan Che Wan Che Ismail pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000.00.

Turut menunaikan zakat perniagaan YP Nominess Holdings Sdn Bhd berjumlah RM321,738.25 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozita binti Ramli.

Selanjutnya, Pengerusi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad, Mohd Hasrizad bin Zaman dengan jumlah zakat RM146,054.69.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Orang Besar Jajahan Kinta, Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

#PerakKini #Maipk #zakat #Perak

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *