KPKT kenal pasti 437 projek perumahan sakit

Foto Media Sosial

Oleh Rosdalilah Zahari

PUTRAJAYA – Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 437 projek daripada 3,138 projek perumahan swasta berlesen dikategorikan sebagai ‘sakit’ sehingga 31 Januari lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 384 projek perumahan yang direkodkan ‘sakit’ setakat 31 Disember 2022.

“Projek perumahan swasta ‘sakit’ dijangka bertambah sehingga 101 projek menjadikan keseluruhan projek ‘sakit’ bagi tempoh sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 538 projek,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai lewat dijangka meningkat sehingga 188 projek pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 354 projek.

#PerakKini #KPKT #projekperumahan #sakit #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *