AYAH DAN ANAK MENANG ANUGERAH REKACIPTA

Oeh Intan Efazila Md Yusop

MUALLIM: Usaha seorang bapa dan anak memanafaatkan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pam angin dan alat pemadam api menerusi pertandingan reka cipta dan inovasi berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, dekat sini.

Reka cipta dan inovasi, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020, S.Santharasekaran,44, dan anaknya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, S.Karthikgesan,14, berjaya merangkul Anugerah Emas dalam pertandingan reka cipta dan inovasi sempena International Innovation & Invention Of Canada ( I-CAN) dari Kanada serta Korea Creative Innovation Contest (CiC) pula dari Korea Selatan.

Santharasekaran berkata dalam CiC juga mereka menerima Anugerah Khas iaitu Asia Innovation Award (AIA).

Katanya, pam angin yang dihasilkan bersama anaknya itu memang fleksibel dan mudah dibawa untuk mengepam tayar ,bola dan sebagainya terutama bagi tujuan kecemasan.

” Cara penggunaan pam angin memang mudah iaitu hanya memasukkan bahagian hadapan pam ke dalam ekzos motosikal lalu memulas pedal minyak untuk mengisi angin.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020, S.Santharasekaran ( kanan) dan anaknya, S.Karthikgesan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City berjaya merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Kanada dan Korea Selatan.

” Alat pemadam api pula sejenis bebola yang mengandungi bahan atau serbuk pemadam api bertujuan untuk memadam kebakaran kecil,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Beliau berkata hanya cara melemparkan bebola ke arah kawasan kebakaran maka bebola itu akan meletup lalu mengeluarkan bahan atau serbuk pemadam api untuk memadamkan api.

Katanya, oleh kerana pertandingan itu dianjurkan ketika seluruh dunia dilanda pendemik wabak Covid-19 ,maka penyertaan dibuat melalui pos dan email kepada pihak penganjur.

” Majlis penganugerahan yang sepatutnya berlangsung di kedua negara terbabit juga dibatalkan menyebabkan pihak penganjur akan mengeposkan hadiah dan sijil kepada kami berdua.

” Saya berasa gembira kerana berjaya memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa dan seterusnya dapat mengharumi nama negara dalam bidang reka cipta serta inovasi di pesada antarabangsa,” katanya.

Katanya, penghasilan reka cipta dan inovasi ini nampak mudah, namun ia tidak semudah seperti yang kita lihat dan jangkakan kerana ia memerlukan semangat dan kekuatan mental yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *