RUMAH DIMASUKI AIR DI KAMPUNG BALUN

Oleh Intan Efazila Md Yusop
SLIM RIVER: Seorang suri rumah terkejut apabila rumahnya dekat tanah lot di Kampung Balun ditengelami air termenung sejak pagi hingga lewat petang semalam.
Ketika hujan lebat, yang turun dari petang sehinga malam kemalrin,Normah Ali, 61, ketika itu berada di rumah pusaka suaminya, Ishak Ghazali,66, bersama anaknya.
Normah berkata beliau hanya tinggal di rumah itu hanya pada cuti hujung minggu kerana rumah itu terletak agak jauh dari jalan utama kampung dan untuk memudahkan anaknya berulang alik ke sekolah.


Katanya, beliau menyedari rumahnya ditenggelami air ketika beliau ke rumahnya untuk menanam pokok bunga’ di kawasan rumah yang diberikan oleh rakan sekampung.
” Bila ternampak rumah dalam keadaan itu, luluh betul hati saya apatah lagi ketika membuka pintu rumah melihat semua barang dalam rumah terapung dan rosak.
” Sejak rumah itu siap dibina dan mula diduduki awal tahun lalu , inilah kali pertama rumah ini di tenggelami air sehingga merosakkan semua perabut di dalam rumah,” katanya ketika ditemui, dekat sini.
Kejadian yang menimpa Norma mendapat perhatian Jawatakuasa Sementara Pentadbiran Kampung ( JSPK) Kampung Balun, Mohd Nawawi Hussin yang turun padang melihat keadaan rumah terbabit.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat menyebabkan air dalam lombong di sebelah rumahnya melimpah keluar sehingga ke kawasan rumahnya itu.
Katanya, lebih mendukacitakan lagi semua air dari kawasan perumahan itu juga dipercayai mengalir masuk ke lombong terbabit menyebabkan berlaku limpahan air daripada lombong itu.
” Saya berharap dan merayu kepada pihak terbabit dapat membantu saya membina sistem pengairan bagi mengalirkan air lombong itu ke tempat lain.
” Akibat kejadian ini, membuatkan saya bimbang dan takut untuk tinggal di rumah ini terutama ketika musim hujan ,” katanya.

