PTPTN EDAR 1,200 BEKAS BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA PUO

IPOH– Sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada kakitangan dan para pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) di IPT & Politeknik. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong antara kakitangan PTPTN, kakitangan PUO, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sekretariat Rakan Muda PUO serta para pelajar dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelajar dan masyarakat setempat.

 

Sesi gotong royong memasak bubur lambuk telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi.

IMRAN merupakan program signature dibawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN yang diadakan sejak tahun 2021. PUO merupakan salah satu daripada IPT/Politeknik terpilih dibawah program CSR PTPTN bagi tahun 2024.

 

Majlis Agihan Bubur Lambuk telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Akademik) PUO, Ts. Dr. Izwah Ismail, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Che Anishah binti Aziz dan Encik Andi Nurali Mohamad, Pengarah PTPTN Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *