ZOO TAIPING DIPILIH SAMBUT HARI HARIMAU DAN GAJAH

Pada tahun ini Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) bertuah kerana telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Majlis ini merupakan program kerjasama antara Jabatan PERHILITAN dibawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan ZTNS. Majlis sambutan ini menggabungkan Hari Harimau Sedunia (Global Tiger Day) yang disambut pada 29 Julai, Hari renjer sedunia (World Ranger Day) pada 31 Julai dan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day) pada 12 Ogos setiap tahun.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran artis istimewa iaitu Maya Karin selaku duta bagi ‘Voice of Wildlife’ dan Mat Dan. Sambutan ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan usaha-usaha yang dilakukan bagi melindungi dan memulihara spesis Harimau Malaya dan spesis Gajah Asia di Malaysia serta menghargai jasa serta pengorbanan renjer kita dalam memastikan khazanah alam kita sentiasa terpelihara.

Semoga penganjuran majlis ini dapat membuka lebih banyak mata akan isu isu yg kini dihadapi di negara kita seperti kepupusan hidupan liar, pemburuan dan pembalakan haram serta banyak lagi. Semoga tahun 2020 dan seterusnya kita akan melihat satu anjakan paradigma dalam usaha penjagaan alam sekitar dan memulihara kelestarian alam untuk kehidupan sejagat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *