YAYASAN IKHLAS ZIARAH BALU SERTA WARIS FRU UNIT 5

IPOH – Tragedi nahas yang melibatkan trak membawa 18 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU ) dengan sebuah lori muatan batu kerikil yang berlaku di Jalan Sungai Bembam- Chikus pada 13 Mei, masih lagi segar dalam lipatan sejarah.

 

Yayasan Ikhlas Cawangan Ipoh berkolaborasi bersama Kelab Kebajikan Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengadakan lawatan ziarah serta menyampaikan sumbangan kepada balu serta waris kepada anggota – anggota terlibat.

 

Lawatan ziarah tersebut diketuai oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato’ Zamri Hashim bertempat di FRU Sungai Senam pada petang Jumaat.

 

Turut mengiringi Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Ipoh, Hassriq Hafize Abdul Halim Hafiz serta pegawai-pegawai FRU Unit 5 Sungai Senam.

 

Zamri berkata,”Kita memohon kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan dan tunjukkan rasa kebersamaan kepada segolongan rakyat yang banyak berjasa kepada kita serta hentikanlah salah menyalah antara satu sama lain.

 

“Tiada siapa pun yang mahu perkara ini terjadi serta ia adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,” ujar beliau kepada pemberita.

 

Beliau turut menyampaikan sumbangan keperluan harian serta wang tunai selepas mengadakan kunjungan kepada anggota FRU yang terselamat dan keluarga mangsa nahas di kuarters Unit 5 FRU Sungai Senam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *