MAJLIS NIKAH JAMAIE SYARIE SEMPENA SAMBUTAN HARI BANDARAYA IPOH KE – 37

IPOH – Melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai pada Majlis Nikah Jamaie Syarie sempena Hari Bandaraya Ipoh ke – 37 hari ini, menjadi kenangan terindah buat 7 pasangan dalam hidup mereka diiringi oleh ibu bapa pengantin serta sanak – keluarga terdekat.

 

Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Ketua WHIP Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Datuk Mazlan Abdul Rahman yang mewakili Datuk Bandar Ipoh bertempat di Dewan Ipoh Convention Centre ( ICC ) pada pagi Ahad.

 

Beliau turut diiringi Mantan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@ Md Daud, Ahli Majlis MBI , Clr Azmy Mohamed Nazri, Clr Dato’ Ahmad Hariri Kamarudin serta dif-dif kehormat.

 

Mazlan berkata, pada hari ini seramai 7 pasangan pengantin baru telah diraikan di dewan ini dengan suasana kemeriahan perkahwinan.

 

” Ini adalah satu program yang terbaik dimana kos perbelanjaan majlis perkahwinan dapat dikurangkan dan secara tidak lansung dapat meringankan bebanan kos untuk melansungkan majlis sebegini.

 

” Dengan kadar kos RM3000 bagi setiap pasangan pengantin, mereka tidak perlu membuat pinjaman contohnya seperti koperasi, pihak bank dan sebagainya,’ ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Pasangan raja sehari, Wan Edzzuddin Najmi Abdullah seorang juruteknik dan pasangannya Nur’Ain Abdul Latif , berkata, dia dan isteri berasa bertuah menyertai program tersebut yang disifatkan sebagai rezeki untuk membina keluarga baru.

 

” Saya amat berterima kasih kepada MBI kerana banyak membantu urusan perkahwinan menjadi lebih teratur.

 

” Walaupun jemputan hanya dihadkan 100 tetamu sahaja ini bukanlah satu isu yang besar , yang penting kehadiran ibu bapa serta ahli keluarga terdekat hadir sudah memadai serta dapat mengurangkan bebanan kos saya,”ujar beliau ketika ditemuramah.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan acara bergambar bersama pasangan pengantin serta penyerahan perakuan nikah .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *