MEEM GOLD RAIKAN 38 ANAK YATIM BUDI MULIA NURUL HUDA

CHEMOR – MEEM Gold sebuah syarikat yang menjadikan platform jual beli emas patuh syariah telah menganjurkan majlis berbuka puasa serta menyantuni anak-anak yatim dan juga asnaf.

 

Majlis tersebut diluncurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEEM Gold, Amran Bachok bertempat di Kompleks Budi Mulia Nurul Huda pada malam Sabtu.

 

Turut mengiringi Timbalan Pengerusi Pusat Jagaan Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Norjidah Abdul Manaf .

 

Amran berkata, majlis ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, malah bertujuan memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim agar mereka turut merasai kemeriahan Ramadan dan persiapan menjelang Aidilfitri.

 

” Kita berharap dengan adanya sumbangan duit raya daripada MEEM Gold dapatlah anak-anak ini bergembira dan ceria walaupun kita masih lagi di bulan Ramadan, lebih kurang seminggu insyaAllah kita akan sambut hari raya Aidilfitri.

 

” Kita tengok disini bagaimana susahnya pengusaha, pengelola pusat jagaan ini bertungkus-lumus menjaga kebajikan anak-anak yatim disini,” ujarnya.

 

Beliau turut menambah, MEEM Gold akan melaksanakan aktiviti menyantuni anak-anak yatim kerana ianya adalah amalan mulia yang menjanjikan kedudukan istimewa dekat dengan Rasulullah ﷺ di syurga.

 

Hadis riwayat Bukhari menyatakan, “Aku dan penjaga anak yatim dalam syurga seperti ini,” sambil mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *