collapse
Home / UTAMA / "GARI SAYA SEKALIPUN" - HAIM HILMAN TEGAS PERTAHAN HAK PELAJAR B40

"GARI SAYA SEKALIPUN" - HAIM HILMAN TEGAS PERTAHAN HAK PELAJAR B40

25-Jun-2026  Admin Perak Kini  252 views
"GARI SAYA SEKALIPUN" - HAIM HILMAN TEGAS PERTAHAN HAK PELAJAR B40

SEREMBAN, 25 Jun 2026 - Aktivis pendidikan, Haim Hilman Abdullah hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang dibangkitkannya mengenai isu akses kepada pendidikan tinggi.

Menurut Haim Hilman, pendakwaan tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hak anak-anak Malaysia, khususnya daripada keluarga B40 dan M40, bagi mendapatkan peluang pendidikan tinggi yang adil.

FB_IMG_1782393324641
Beliau berkata, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 tanpa sebarang syarat tambahan serta tidak mengenakan sekatan perjalanan atau larangan bersuara terhadapnya.

"Diheret ke mahkamah jauh lebih ringan daripada melihat ribuan anak-anak miskin terus dinafikan peluang ke universiti awam. Saya akan terus bersuara sehingga hak mereka dikembalikan," memetik mukabuku beliau selepas prosiding mahkamah.

Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Julai 2026 bagi tujuan penyerahan dokumen.

FB_IMG_1782393329539
Haim Hilman turut memaklumkan beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada proses perundangan dan mengemukakan fakta, data serta dokumen berkaitan melalui saluran mahkamah.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan mempunyai asas kukuh dan perlu dinilai berdasarkan fakta, data serta prinsip keadilan demi memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih saksama untuk rakyat.

FB_IMG_1782393337317
Beliau turut mendedahkan telah meneliti laporan tahunan hampir 20 universiti awam dari tahun 2018 hingga kini dan mendakwa terdapat beberapa isu kritikal lain yang akan terus diketengahkan bagi memastikan sistem pendidikan tinggi negara lebih berkualiti, adil dan berpaksikan kepentingan rakyat.

 

Sumber MukaBuku Haim Hilman

FB_IMG_1782393341987
FB_IMG_1782393334541
FB_IMG_1782393337317
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.