Kematian koperal berpunca daripada kecederaan kepala akibat terjatuh

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Keputusan hasil bedah siasat Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemui maut selepas hilang ketika menyertai operasi di pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik Jumaat lalu mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan kepala akibat terjatuh (head injury consistent fall).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri melalui satu kenyataan media pada petang Khamis.
