IPOH - HF Kirei Autowash Jelapang (HKAJ) menawarkan cucian kenderaan secara percuma pada 6 Julai 2026 bermula dari 9 pagi sehingga 7 malam bagi menghargai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perkhidmatan cucian kereta yang diberikan.

Majlis perasmian pembukaan telah di sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri bertempat di Perkarangan HF Kirei Autowash Jelapang pada petang ini.
Turut hadir Pengarah HKAJ, Mohd Fayadh Mohd Hatar, Pengarah Urusan, Mohd Nazri Zakaria serta Pengarah Operasi, Che Hafizan Che Rahim.

Hafez Sabri berkata, semangat anak muda membuka perniagaan seperti pusat cucian kereta automatik amatlah membanggakan, tambahan ianya di buka sekitar kawasan Jelapang dan juga Manjoi.
"Saya mengucapkan tahniah dan turut berbangga terhadap kesungguhan 3 anak muda membuka perniagaan yang sepenuhnya bumiputera tanpa mendapat bantuan daripada agensi-agensi berkaitan.

"Diharap semua masyarakat setempat dapat memberikan sokongan terhadap perniagaan mereka kerana secara tidak lansung ianya memberikan peluang pekerjaan serta meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu,"ujarnya.
Mohd Nazri pula menambah, sempena majlis pembukaan petang ini, HKAJ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

"Sukacitanya diumumkan pada hari esok para pelanggan akan mendapat cucian luar secara percuma bermula 9 pagi sehingga 7 malam sempena hari lahir saya, dimana setiap pelanggan akan mendapat 2 cucian secara manual dan mesin microfiber.
"Promosi juga akan di teruskan lagi bermula pada 7 sehingga 11 Julai selama 4 hari iaitu pada kadar serendah RM3 sahaja dan selepas itu kadar harga akan kembali seperti asal bermula pada harga serendah RM7 dan jangan lepaskan peluang keemasan ini," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan dan promosi HKAJ boleh menghubungi Che Hafizan Che Rahim di talian 017-9006044.