collapse
Home / BISNES / CASUARINA REWARDS : TERIMA KASIH ATAS KESETIAAN ANDA

CASUARINA REWARDS : TERIMA KASIH ATAS KESETIAAN ANDA

12-Aug-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  170 views
CASUARINA REWARDS : TERIMA KASIH ATAS KESETIAAN ANDA

IPOH – Hotel Casuarina@Meru melancarkan program Casuarina Rewards sebagai tanda penghargaan kepada semua tetamu yang menyokong sejak ianya mula beroperasi pada tahun 2013.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Casuarina Meru Sdn.Bhd, Dato' Mohd Azhar Jamaluddin bertempat di Convention Centre 2 pada petang Selasa. 

IMG_8218
 

Turut hadir ahli-ahli Lembaga Pengarah, wakil agensi kerajaan, rakan-rakan stratergik serta wakil sektor korporat. 

Azhar berkata,melalui program ini setiap transaksi layak seperti penginapan dan acara akan memberi mata ganjaran yang boleh ditebus dengan penginapan percuma, baucar makanan dan pelbagai keistimewaan lain.

"Terdapat tiga tahap keahlian iaitu: Silver, Gold dan Platinum yang dinaik taraf secara automatik mengikut jumlah mata yang dikumpul.

IMG_8217
 

"Kepercayaan pelanggan adalah aset paling berharga dan program ini adalah usaha kami mempererat hubungan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan," ujarnya.

Beliau turut menambah, pendekatan tersebut selaras dengan aspirasi Lembaga Pengarah untuk memastikan Hotel Casuarina@Meru terus berkembang sebagai jenama hospitaliti yang mengutamakan inovasi, kecemerlangan perkhidmatan dan penciptaan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan.

IMG_8216
 

Pelancaran Casuarina Rewards dijangka memperkukuhkan lagi hubungan bersama pelanggan, meningkatkan kadar kunjungan berulang serta menyokong pertumbuhan industri hospitaliti dan pelancongan negeri Perak.

Pelanggan yang berminat untuk menyertai Casuarina Rewards boleh mendaftar secara percuma dengan mendapatkan borang pendaftaran daripada pasukan jualan Hotel Casuarina@Meru. 

IMG_8215
 

Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran, pelanggan boleh menghubungi:

• Fadil – 012-550 1749

• Balkish – 016-551 2282

• Zue – 016-552 2589

• Armila – 010-261 0551

IMG_8213
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.