collapse
Home / BISNES / PEMBUKAAN KILANG AYAM GARAM TLF KELUARAN USAHAWAN BUMIPUTRA NEGERI PERAK

PEMBUKAAN KILANG AYAM GARAM TLF KELUARAN USAHAWAN BUMIPUTRA NEGERI PERAK

26-Jun-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  263 views
PEMBUKAAN KILANG AYAM GARAM TLF KELUARAN USAHAWAN BUMIPUTRA NEGERI PERAK

GOPENG - Tea Love Flower (M) Sendirian Berhad (TLF) kini boleh berbangga dengan pembukaan kilang ayam garam keluaran usahawan bumiputra dari negeri Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Luar Bandar, Peladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Dato' Mohd Zolkefly Harun bertempat di Blok C, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada hari ini.

IMG-20260626-WA0055
Turut mengiringi Orang Besar Jajahan Kampar, Toh Muda Azman Yoep Junior serta Ketua Pegawai Eksekutif TLF, Dato' Azizul Kama Abdul Aziz.

Mohd Zolkefly berkata, ini merupakan perkembangan terbaik di negeri Perak apabila produk usahawan bumiputra telah berjaya direalisasikan terutama produk makanan halal.

IMG-20260626-WA0051
"Saya mewakili kerajaan Perak berharap produk ayam garam TLF akan dapat memberikan saingan kepada syarikat-syarikat makanan gergasi seperti KFC dan berjaya ke peringkat antarabangsa.

"Saya difahamkan terdapat tempahan dari Singapura serta beberapa negara lain dan ini secara tidak lansung dapat mempromosikan ayam garam halal sebagai satu produk di negeri Perak," ujarnya.

IMG-20260626-WA0056
Azizul Kama turut menambah, kajian penyelidikan dan pembangunan telah dijalankan selama 2 tahun terhadap beberapa jenis ayam serta ikan dan akhirnya hanya jenis ayam kampung menepati spesifikasi yang ditetapkan.

"Terdapat 3 jenis produk di pasaran iaitu ayam pop, salai dan tomyam dan boleh memilih samada 1 ekor ayam atau peha ayam sahaja serta beberapa produk dim sum halal.

IMG-20260626-WA0052
"Untuk mencuba rasa autentik serta dijamin halal, pelanggan boleh singgah di Warong Katong AEON Kinta City untuk merasai sendiri keenakan ayam garam TLF serta beberapa menu istimewa ," ujarnya.

IMG-20260626-WA0050
IMG-20260626-WA0054
IMG-20260626-WA0049
IMG-20260626-WA0053
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.