collapse
Home / HIBURAN / PEMENTASAN BANGSAWAN DIRAJA BETING BERAS BASAH BAKAL DI PENTASKAN DI ISTANA BUDAYA

PEMENTASAN BANGSAWAN DIRAJA BETING BERAS BASAH BAKAL DI PENTASKAN DI ISTANA BUDAYA

30-Jun-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  309 views
PEMENTASAN BANGSAWAN DIRAJA BETING BERAS BASAH BAKAL DI PENTASKAN DI ISTANA BUDAYA

MERU - Kejayaan pementasan teater Beting Beras Basah : Hikayat Mahkota Dewa di negeri Perak dan Melaka bakal meneruskan kesinambunganya di Pentas Budaya pada 30 Oktober sehingga 1 November 2026.

IMG-20260630-WA0064
Perkara ini telah dinyatakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Azmi Ismail ketika sidang media bertempat di Booth Citra Budaya Darul Ridzuan, Bulatan Sultan Azlan Shah pada petang Ahad.

Turut mengiringi Pengurus Produksi Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak, Wan Hanis Marissa Yusoff Hamdan serta Penolong Pengurus Produksi, Wan Erina Soffia Yusoff Hamdan serta pelakon watak utama Raja Muzaffar Shah, Mohamad Ridzuan Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Reza Hasbi.

IMG-20260630-WA0063
Azmi Ismail berkata, tarikh pementasan teater akan berlansung pada 30 Oktober sehingga 1 November 2026 yang turut menampilkan 7 artis lelaki dan wanita terkenal tanahair.

"Sebanyak 5 persembahan akan dipentaskan di Istana Budaya dengan gabungan elemen teknologi 'beeping' dan 'hologram' supaya penonton mendapat kepuasan yang maksimun dan hanya sebanyak 5 ribu tiket yang akan ditawarkan secara diatas talian.

IMG-20260630-WA0066
Azmir Ismail

"Sudah pasti kita berbangga mengetengahkan epik sejarah Negeri Perak ke peringkat tertinggi bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia malah jemputan dari negara serantau seperti Brunei, Indonesia dan juga Thailand turut akan menyertai bersama," ujarnya.

Ridzuan Hasbullah turut menambah, perasaan teruja apabila diberikan peluang kali kedua membawa watak utama sebagai Raja Muzaffar Shah setelah membawa watak tersebut di JKKN Perak dan JKKN Melaka pada tahun lepas.

IMG-20260630-WA0067
Reza Hasbi

"Dapat melangkah ke Istana Budaya adalah satu penghormatan bagi saya kerana ia bertaraf antarabangsa dan pastinya saya akan memberikan komitmen yang terbaik untuk setiap penonton.

"Biasanya artis-artis tersohor seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Awie membuat persembahan tetapi apabila nama Reza Hasbi diumumkan terasa diri ini amat kerdil namun saya pasti akan menunjukan persembahan yang terbaik," ujarnya.

IMG-20260630-WA0065
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.