10 SEKELUARGA TINGGAL RUMAH SATU BILIK

Oleh Nor Raidah Awang

KUALA KANGSAR– Kesempitan hidup menyebabkan 10 sekeluarga terpaksa hidup dalam keadaan sempit dan tidak selesa di sebuah rumah di Kampung Gapis, Padang Rengas, di sini.

Menurut, Abdul Rahman Hassan 50, dia yang tinggal bersama isteri Rosmiza Idris 43, manakala ayahnya Hassan Said 74, bersama empat anak perempuan berusia tujuh hingga 21 tahun dan tiga anak lelaki berusia setahun hingga 14 tahun.

Tinjauan Perak Kini, mendapati rumah terbabit hanya mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik air menyebabkan penghuni rumah terpaksa berhimpit selepas ruang tamu terpaksa dijadikan bilik.

Malah, keadaan rumah berkenaan juga agak uzur dengan bumbung yang sudah banyak bocor menyebabkannya sering dimasuki air jika hujan lebat serta bertiangkan buluh.

“Asalnya ini adalah rumah pusaka keluarga ayah sejak beritahu lalu. selepas berkahwin saya tinggal d isini bersama dengan ayah.

“Saya hanya bekerja menebas kerja-kerja kampung, manakala isteri saya mengambil upah mengajar mengaji Al-Quran. Saya akui walaupun dengan pendapatan sebegitu saya bersama isteri berusaha untuk membaikpulih rumah ini.

“Namun, niat hati untuk memberi keselesaan pada ayah dan anak-anak terhenti akibat masalah kewangan, kami terpaksa tinggal dalam keadaan sempit ” katanya yang juga anak tunggal.

Rahman berkata, dia mengakui keadaan sekarang memang tidak selesa, mungkin kerana sudah terbiasa mereka boleh menyesuaikan diri dalam situasi ini.

” Hari-hari saya memikir anak-anak perempuan saya dah besar dalam keadaan tiada bilik tidak manis. Saya pernah buat permohonan rumah baru namun permohonan tersebut gagal. ,”katanya.

Kepayahan hidup keluarga terbabit disaksikan sendiri oleh Exco Insfrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Mohd Zolkafly Haron, Pengawai-Pengawai Pejabat Menteri Besar , Adun lubuk Merbau, Dr Jurij Jalaluddin serta Jabatan kerajaan terbabit, ketika berkunjung ke teratak keluarga berkenaan dalam sesi lawatan di sini.

Pada sesi lawatan itu juga, Perak Kini mendapati keluarga berkenaan tinggal dalam serba kekurangan.

Melihat kepada kedaifan hidup keluarga berkenaan, Mohd Zolkafly Haron, berkata, pihaknya berusaha untuk mendapatkan pembinaan rumah baru keluarga terbabit menerusi projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM 50,000 serta berkerjasama dengan agensi berkaitan untuk membaikpulih rumah yang sediakan untuk ayahnya Hassan Said 74,

Sementara itu, nasib keluarga berkenaan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Kangsar yang tampil meluluskan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM 450.00 sebulan bermula Jun 2020 yang akan dibayar
20 Jun ini.

Selain itu keluarga ini turut diberikan bantuan sekaligus di bawah
bantuan segera RM300 bagi membeli barangan dapur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *