1000 PELAJAR SEKOLAH NIKMATI KEBAIKAN SUSU BETALAC SECARA PERCUMA

SUNGAI SIPUT – Sebanyak 10 buah sekolah terpilih dikawasan Parlimen Sungai Siput telah menerima susu segar menerusi majlis tajaan minum susu segar yang telah berlansung di Dewan Dato’ Haji Mohamad Padil, Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara pada hari ini.

 

Majlis ringkas penyerahan susu segar Betalac telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam kepada setiap sekolah yang terpilih yang turut dihadiri oleh Pengerusi Betalac Dairy Sdn. Bhd. Dato’ Haji Yahanis Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Sabri Abdul Ghani serta guru besar sekolah-sekolah yang terlibat.

 

Kesavan berkata, terdapat 50 buah sekolah dan 11 ribu pelajar didalam kawasan Parlimen Sungai Siput secara amnya.

 

” Saya difahamkan susu Betalac hanya menggunakan susu segar berkualiti tinggi dan untuk permulaan kita mulakan dahulu dengan 10 buah sekolah terpilih untuk akhir tahun ini.

 

” Pada tahun depan kita akan teruskan program sebegini untuk sekolah-sekolah yang lain pula,” ujar beliau.

 

Yahanis turut menambah, produk Betalac hanya menggunakan susu segar dan ianya bukan UHT ( Ultra High Temperature) seperti susu yang diproses dengan suhu tinggi.

 

“Terdapat 4 jenis susu segar berperisa yang boleh dinikmati iaitu perisa jagung, vanilla, strawberi dan juga coklat.

 

” Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Siput kerana berkolaborasi bersama Betalac untuk menjayakan program minum susu segar,” ujar beliau kepada Perak Kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *