120 PELAJAR TERIMA MANAFAAT BANTUAN PERSEKOLAHAN 2025

IPOH – Seramai 120 pelajar terpilih diraikan sempena Program Kembali ke Sekolah sesi 2025 anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bertempat di Pasaraya SAKAN, Klebang pada Khamis.

 

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pemuda Ipoh Barat merangkap Ketua Penerangan Pemuda Perak, Muhammad Hamzah Md Hamdan.

 

Dalam pada itu, Hamzah menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah signifikan dalam memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif bagi pelajar yang kurang berkemampuan khususnya sekitar DUN Kepayang dibawah Parlimen Ipoh Barat.

 

“Sebahagian besar penerima adalah murid sekolah rendah, termasuk mereka yang baru memulakan Tahun Satu dan ada juga murid daripada prasekolah serta sekolah menengah.

 

“Kami bersyukur dapat memastikan bantuan ini diagihkan secara seimbang kepada semua penerima,” ujarnya.

 

Jelasnya lagi, bantuan disalurkan dalam bentuk baucar bernilai RM100 setiap seorang yang membolehkan penerima membeli keperluan sekolah mengikut keperluan masing-masing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *