61 KANAK-KANAK SERONOK MANDI KOLAM SEBELUM BERSUNAT

TAIPING – Seramai 61 kanak-kanak menyertai menyertai program Sunathon Perdana anjuran Majlis Belia Daerah Larut Matang (MBDLM) pada Ahad.

 

Sebelum disunatkan, kanak-kanak terbabit digembirakan dengan mandi kolam di Hotel Taiping Perdana.

 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi MBDLM, Mohammad Syazwan Mohd Zaiharin.

 

Turut mengiringi beliau Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Fizry Azmier Salehuddin, Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohammad Nasir Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama, Dr Syahrizal Abdul Halim, Pengerusi Hotel Taiping Perdana, Mohd Radhi Ismail dan Pengerusi Yayasan Aiman, Dr Batrisyia Aiman Dr Aminuddin.

 

Menurut Mohammad Syazwan, program hari ini kadar yang dikenakan adalah sebanyak RM50 daripada jumlah sebenar yang berjumlah RM150 dimana MBDLM turut serta menaja untuk selebihnya.

 

“Yang menjadi kebiasaannya peserta berkhatan akan mandi menggunakan pancuran dari jentera Jabatan Bomba tetapi disini ada sedikit kelainan iaitu peserta perlu mandi dikolam renang hotel dan semoga acara ini menjadi kenang-kenangan kepada peserta,” ujar beliau.

 

Sementara itu ujar Dr. Batrisyia berkata, beliau yang juga alumni Universiti Cyberjaya yang juga Pengerusi Yayasan Aiman sentiasa menyokong program-program berkhatan yang diadakan.

 

“Hari ini kami berkolaborasi bersama MBDLM agar golongan pendapatan rendah dapat dibantu untuk mengurangkan kos berkhatan dengan cuma membayar RM50 sahaja.”

 

Usai perasmian, para peserta diraikan dengan acara paling istimewa iaitu mandi dikolam renang hotel beramai-ramai diiringi petugas Sunathon sebelum peserta dibawa kebilik yang disediakan untuk prosedur berkhatan oleh pegawai perubatan yang dilantik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *