18 pasukan media tunjuk ‘skil’ pada Kejohanan Boling HAWANA 2023

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Seramai 60 pengamal media dan jemputan mewakili 18 pasukan hadir memeriahkan Kejohanan Boling Media Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City di sini pada Sabtu.
Johan keseluruhan bagi kejohanan boling ini diungguli pasukan Buletin TV3 diwakili Ahmad Fadilah Abd Aziz, Saqairi Hassan dan Hazwan Alias dengan 1,131 jatuhan pin keseluruhan.
Manakala, pasukan Bernama TV yang diwakili Abd Halim Hafiz, Mohammad Faiz Shoib dan Zarin Noordin muncul naib johan dengan jatuhan pin 988.
Tempat ketiga pula menjadi milik pasukan Strike Force menerusi Maznah Abu Bakar, Auzan Ayub dan Hamdanawal Mohamad Sukri dengan 948 jatuhan pin.
Selaku tuan rumah, media Perak diwakili Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) berada di tempat kelima menerusi Shaarani Ismail (FMT), Sayed Mohd Hesham Syed Idris (Utusan) dan Noor Ainon Mohamed Yusof (Sinar Harian) dengan 806 jatuhan pin.
Kejohanan yang berlangsung selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran
Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa (menanggung tugas Ketua Pengarang) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jamaluddin Muhammad dan Ketua Penyiaran (TV & Radio) Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.
#PerakKini #HariWartawanNasional2023 #HAWANA2023 #boling #RBZ
