351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan

Foto: Bahagian Perhubungan Awam TUDM
Oleh Rosdalilah Zahari
SERAMAI 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menamatkan latihan mereka dan diraikan di Padang Kawad, Akademi Tentera Udara (ATU), di Ipoh, hari ini.
TUDM dalam satu kenyataan berkata, semua pelatih terdiri daripada 292 lelaki dan 59 wanita itu diraikan dengan upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 65/22 yang disempurnakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan
Pada upacara perbarisan itu, Mohammad Iqbal Sardon, 20, dipilih sebagai penerima Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara, manakala Wan Nor Zulaika Sofea Foto: Bahagian Perhubungan Awam TUDM Wan Zulkifli, 20, pula dipilih sebagai Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik.
Anugerah Flait Terbaik Keseluruhan pula dirangkul Flait Bravo yang menerima Piala Pusingan Komandan.
Sementara itu, Mohd Asghar Khan dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua jurulatih dan staf pusat latihan termasuklah ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan merestui perjuangan pelatih sehingga berjaya menamatkan latihan.
Beliau turut mengingatkan pelatih supaya sentiasa menjaga maruah dan disiplin diri, imej dan nama baik perkhidmatan serta menjauhkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah, pencemaran nilai integriti, melibatkan diri dengan kumpulan ekstremis serta terlibat dalam pelanggaran tatatertib.
“Justeru, saya menyeru agar semua pelatihmeningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran agar ianya selari dengan perkembangan teknologi semasa.
“Hal ini juga bertepatan dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-20 dalam Tonggak ketiga iaitu Pemerkasaan dan Pengupayaan Warga Udara dalam melahirkan modal insan yang berwibawa dan profesional,” ujarnya.
#PerakKini #TUDM #PerajuritMuda
