50 SEKOLAH TERIMA SUMBANGAN PENDIDIKAN DIDALAM PARLIMEN SUNGAI SIPUT

SUNGAI SIPUT – Sebanyak 50 buah sekolah didalam kawasan Parlimen Sungai Siput telah menerima agihan sumbangan pendidikan melibatkan peruntukan sebanyak RM267,000.00 ribu daripada Kerajaan Malaysia Madani bagi tahun 2025.

 

Majlis Sumbangan Pendidikan dan Majlis Berbuka Puasa telah diraikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung Sungai Siput Utara pada petang tadi.

 

Turut mengiringi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Sabri Abdul Ghani, Pegawai Khas ADUN Lintang, Yunos Hussin, Pegawai Khas ADUN Jalong, Voon Kai Cheng, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Guru Besar serta Pengerusi PIBG sekolah-sekolah dikawasan Parlimen Sungai Siput.

 

S.Kesavan berkata, majlis sebegini telah diadakan sejak tahun lepas tanpa ada surat permohonan sumbangan kerana ini adalah tanggungjawab Parlimen Sungai Siput menjaga kebajikan pendidikan yang melibatkan 50 buah sekolah.

 

“Sebanyak 25 Sekolah Kebangsaan, 8 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 9 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 1 Sekolah Menengah Agama dan 7 Sekolah Menengah diberikan sumbangan pendidikan mengikut bilangan pelajar.

 

“Agenda pendidikan adalah matlamat saya dimana seramai 11,600,61 pelajar dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 1,248 guru untuk 50 buah sekolah dapat melaksanakan program-program yang melibatkan dana tambahan.

 

“Saya berharap pelajar-pelajar di Parlimen Sungai Siput dapat seiring bersama dengan pelajar-pelajar di bandar didalam bidang pendidikan”, ujar beliau ketika memberikan ucapan dipentas utama.

 

Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan pendidikan kepada Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan seterusnya diakhiri majlis berbuka puasa dengan aneka juadah yang telah disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *