TAIPING PERDANA HOTEL SANTUNI 78 ANAK-ANAK YATIM, ASNAF SERTA ORANG KURANG UPAYA

TAIPING – Taiping Perdana Hotel dan Suite ( TPHS ) telah mengadakan majlis berbuka puasa dan infak Ramadan bersama anak-anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya (OKU) untuk diraikan serta berkongsi rezeki pada tahun ini.

 

Seramai 20 orang anak yatim, 16 orang golongan asnaf dan 42 orang OKU dari pelbagai lingkungan umur telah dipilih untuk diraikan bersama-sama pihak TPHS.

 

Majlis sebegini menjadi satu takwim rasmi pihak pengurusan TPHS apabila tibanya bulan Ramadan untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama masyarakat setempat sebagai objektif utama.

 

Majlis telah disempurnakan Pengurus Besar TPHS , Dini Azima Mohamed Masum diiringi Pengerusi TPHS, Md Radzi Ismail bertempat di Dewan Perdana TPHS pada malam tadi.

 

Dini Azima berkata, anak-anak yatim serta asnaf yang terpilih adalah daripada Mukim Kamunting manakala golongan OKU terpilih daripada Mukim Beruas.

 

“Jumlah keseluruhan penerima pada malam ini berjumlah 78 orang dari pelbagai lingkungan umur.

 

“Kami merasakan sumbangan kepada insan terpilih ini hasil daripada sewa, keraian, majlis perkahwinan serta seminar dapat dikongsikan rezeki Ramadan bersama-sama pada tahun ini.

 

“Kami juga dapat memberikan peluang kepada mereka untuk bersama-sama berbuka puasa di hotel TPHS”, ujar beliau.

 

Selain itu pihak TPHS juga turut menyampaikan sumbangan duit raya hasil kerjasama erat pengurusan tertinggi sehingga kakitangan TPHS serta turut dibantu daripada persatuan NGO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *