7 SEKOLAH DIPILIH JADI PPV BATANG PADANG

Oleh: Nurul Haryani Hasrol
SUNGKAI: Sebanyak tujuh buah sekolah dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin Sekolah (PPVs) bagi kawasan daerah Batang Padang.

Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Batang Padang, Osman Mohamed Bahari berkata, pemberian vaksin dos pertama itu diberikan kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun yang bersekolah dalam daerah berkenaan bermula 20 hingga 28 September ini.

“Kita mula buat (pemberian vaksin) di SMK Trolak. Kemudian, sekolah seterusnya di SMK Felda Besout. Hari ini (semalam) ada dua (buah) sekolah (yang) beroperasi (iaitu) SMK Sungkai Kruit dan SMK Sheikh Abdul Ghani.

“(Manakala) selebihnya (pemberian vaksin) akan dilakukan di SMK Air Kuning: SMK Buyong Adil dan SMK Chenderiang.

“Pusat Pemberian Vaksin ini mula beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Rozita Husien, 52, berkata, pengambilan suntikan vaksin bagi remaja dapat dijadikan sebagai pertahanan diri memandangkan mereka kurang mengambil berat aspek pergaulan dan persekitaran sekeliling.

“Alhamdulillah memang (saya) rasa lega sebab kerajaan umum (tentang) pemberian vaksin untuk remaja. Setakat ibu bapa saja yang ada (ambil vaksin), tapi anak tak (ambil) vaksin  gejala itu tetap ada, tetap dapat jugakan,” katanya.

Nurul Husna Helal Uddin, 16, berkata, beliau berasa agak takut untuk mengambil vaksin tapi pada masa yang sama berasa teruja apabila memikirkan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi.

“Jangan takut ambil vaksin sebab tak ada apa pun. Bila kita ambil vaksin, imuniti badan (akan) meningkat. (Sekadar) nak ‘protect’ (diri) saja sebenarnya,” katanya.

Perak Kini 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *