FOOD BANK SELAMATKAN MAKANAN TAMAT TEMPOH

IPOH –  Tujuan utama Program Food Bank Malaysia (PFBM) ini dijalankan adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan dan produk makanan yang menghampiri tamat tempoh. Program Foodbank Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sekretariat Foodbank ini mempunyai Tujuh (7) rakan strategik utama (RSU) yang turut sama menjadi tonggak utama dalam menjayakan program ini iaitu Food Aid Foundation, Kumpulan Legasi Z, Kechara Soup Kitchen, Mutiara Foodbank, Micro-Malaysia, Nation of Women (NoW), The Lost Food Project.

Peranan Kumpulan Legasi (Legasi Z Agro) adalah sebagai RSU dalam Logistik Pengangkutan dan Pusat Penyimpanan dan Pengagihan dengan keutamaan kepada urusan logistik, proses pengendalian gudang termasuk proses penerimaan, penyimpanan dan pengagihan barangan sumbangan.

“Dengan pelancaran Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Makanan Foodbank Malaysia (Zon Utara) di RTC Gopeng, Perak ini, secara tidak langsung memberi peluang akses agihan kepada yang memerlukan dengan lebih meluas kepada semua pihak mengikut keperluan makanan asas dan dapat menyelamatkan makanan yang dibuang dengan memproses dan diolah menjadi makanan yang bertahan lama. Selain daripada itu, program ini juga dapat mengurangkan beban di tapak perlupusan makanan” ujar  Zuwairi Japri Al-Manjie, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Legasi.

Tambah beliau, antara penyumbang utama bagi program ini adalah dalam kalangan pemain industri utama seperti Kumpulan Etika, Mamee Double-Decker, Vinda Malaysia, Crispo-Tato, Asri Vegetable Oil Product, Sdn Bhd Gentle Supreme, Lotus Malaysia, AEON Co. (M) Sdn Bhd, 99 Speedmart. yang menjadi penaja utama dan sentiasa menyokong penuh inisiatif program Foodbank Malaysia ini.

Program Food Bank ini mempunyai beberapa kategori seperti Food Bank Siswa, Food Bank Komuniti, Food Bank Institusi seperti Rumah Prihatin Kuala Lumpur di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan, Rumah Kebajikan Anak Yatim, Rumah Jagaan Warga Emas, Pusat Tahfiz atau sebagainya dan Foodbank Bencana iaitu inisiatif dengan Kerjasama Agensi  Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pada masa yang sama, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Khidmat Komuniti (CSR) di antara Legasi Agro dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA turut berlangsung sambil disaksikan oleh Yang Behormat Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

MoU di antara Legasi Agro dan FAMA ini meliputi Kerjasama Program Khidmat Masyarakat dan Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan seperti rumah kebajikan, individu atau keluarga yang terkesan akibat bencana mahupun musibah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *