MIYC Tambun bantu 50 keluarga

TANJONG RAMBUTAN – Majlis Belia India Malaysia Cawangan Tambun (MIYC Tambun) dengan Kerjasama Persatuan HOPE Worldwide Malaysia dan SJK(T) Tanjong Rambutan telah melaksanakan program pengagihan bantuan kotak makanan kepada 50 keluarga B40 di Tanjong Rambutan sempena Hari Sukan Negara.
Program ini merupakan usaha Belia MIYC TAMBUN mendampingi dan membantu keluarga B40 yang terdiri daripada ibubapa pelajar SJK(T) Tanjong Rambutan.
Melalui inisiatif ini, MIYC TAMBUN telah mengagihkan kotak makanan kepada 50 keluarga B40 yang telah dikenalpasti di sekolah mereka yang terjejas sumber pendapatan dan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.
Selain itu, program MIYC TAMBUN CARE adalah usaha untuk mengurangkan bebanan ibubapa sempena pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.
Program ini telah disempurnakan bersama oleh Encik Dinesh Kalippen, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Cawangan Tambun @ MIYC TAMBUN, Puan Sunthari Shanmugadass, Guru Besar SJK(T) Tanjong Rambutan dan Puan Lee Kwee Pang, Pengarah Urusan Persatuan Kebajikan HOPE worldwide Malaysia turut dihadiri oleh En.Nagaenthran Muniandy, Timbalan Pengerusi MIYC Tambun serta En.Aroon Varhmah, Pemilik Syarikat AVS MART dan En.Khuswindera Singh, Exco Kebajikan MIYC Buntong.
MIYC TAMBUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak HOPE Malaysia dan SJK(T) Tanjong Rambutan sudi membantu dan berkerjasama bersama dalam menjayakan Program MIYC TAMBUN CARE di Peringkat Sekolah Rendah pertama kali di Parlimen Tambun. Program ini akan berterusan pada masa akan datang dengan usaha kerjasama sekolah dan NGO.

