PEJUANG BATU KURAU BUKA “HOTLINE RAKYAT” UNTUK BANTU RAKYAT

LARUT – Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) hari ini segera menghulurkan bantuan kepada mangsa rumah kebakaran di dalam parlimen Larut, iaitu di Kampung Padang Lalang, Batu Kurau.
Rumah yang didiami oleh seorang nenek, Bidayah binti Nasir berusia 85 tahun terbakar ketika hanya cucunya seorang diri berada di rumah tersebut. Nenek Bidayah ketika kebakaran berada di rumah anak saudaranya yang tinggal berdekatan.
Ketua Pejuang Parlimen Larut, Dato’ Khairil Anuar atau Tokyee terus mengarahkan Pejuang Batu Kurau segera menyampaikan sumbangan wang tunai dan pakaian untuk meringankan beban nenek Bidayah. Pejuang Batu Kurau diwakili Hasrolnizam Hamzah (Setiausaha), Radziah Zawawi (Bendahari), Maznah Hasan (Ketua Wanita) dan beberapa yang lain.
Pejuang Batu Kurau kini giat melakukan khidmat masyarakat dengan mengenal pastinya mana-mana penduduk di Batu Kurau yang memerlukan bantuan seperti mangsa kebakaran dan rakyat miskin tegar supaya dapat menjalani kehidupan selesa seperti orang lain.
Setiausaha Pejuang Batu Kurau, Hasrolnizam Hamzah berkata, Pejuang Batu Kurau kini juga telah membuka talian khas “HOTLINE RAKYAT” kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dan pihak Pejuang Batu Kurau dengan kerjasama Pejuang Parlimen Larut dapat menjalankan bantuan dengan segera.


Kepada mereka yang memerlukan bantuan contohnya keperluan makanan dan hilang pekerjaan lantaran fenomena Covid-19 ini, bolehlah menghubungi talian Hotline Pejuang di 013-5868784.

