Isu tular kuih limas: Tunggu keputusan analisis makmal – Mohd Akmal

Oleh Rosdalilah Zahari

GOPENG – Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) masih menunggu keputusan lanjut analisis makmal berhubung penemuan gumpalan rambut di dalam kuih limas yang tular sejak Selasa lalu.

 

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis dikategorikan sebagai bersih. Selain itu semua 84 lot premis di bazar Ramadan Teluk Intan turut dibuat pemeriksaan semalam.

 

“Hasil daripada siasatan awal mendapati bazar (yang menjual) kuih limas tersebut bersih, (kuih limas) dibuat dirumahnya dan tempat memprosesnya juga bersih.

 

“Kita sudah hantar sampel ke makmal. Jadi kita tunggulah siasatan seterusnya, sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin pada sidang media selepas menghadiri Program CSR Shopping Raya bersama Anak-anak Yatim anjuran JAS Perak sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak di Mydin Gopeng, di sini, pada Sabtu.
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin menyantuni anak-anak yatim pada Program CSR Shopping Raya bersama Anak-anak Yatim anjuran JAS Perak sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak di Mydin Gopeng, di sini, pada Sabtu.
Kanak-kanak dari Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh yang menerima bantuan pada Program CSR Shopping Raya bersama Anak-anak Yatim anjuran JAS Perak sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak tiba di Mydin Gopeng, di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menasihatkan peniaga supaya lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan tunjuk ajar secara percuma berhubung perkara tersebut.

 

Pada Rabu, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak menjalankan siasatan susulan kejadian tular pada 12 April berhubung gumpalan rambut ditemui di dalam kuih limas yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Teluk Intan.

 

Terdahulu, Mohd Akmal hadir pada Program CSR (tanggungjawab sosial korporat) Shopping Raya bersama Anak-anak Yatim anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak di Mydin Gopeng, di sini, pada Sabtu.

 

Pada program itu seramai 28 kanak-kanak daripada Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh menerima sumbangan RM180 setiap seorang bagi membeli pakaian dan keperluan sempena sambutan Aidilfitri ini.

 

Hadir sama, Timbalan Pengarah JAS Perak, Abdul Aziz Parmin.

 

#PerakKini #tular #kuihlimas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *