Projek Taman Bersepadu Ipoh Raya bakal jadi lokasi utama pelabur industri selepas Selangor, Pulau Pinang

Saarani (dua kiri) ketika merasmikan Taman Bersepadu Ipoh Raya di Simpang Pulai, di sini pada Khamis. 

Oleh Rosdalilah Zahari

SIMPANG PULAI – Pembangunan projek Taman Bersepadu Ipoh Raya di sini dijangka dapat menarik pelabur industri dari dalam dan luar negara sekaligus merancakkan semula ekonomi di Perak.

Projek yang diterajui anak syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) iaitu MRCB Land Sdn Bhd dibina di kawasan seluas 336.85 hektar yang menyediakan persekitaran efisien serta efektif bagi pelabur menjalani operasi perindustrian dan logistik.

Tempoh projek yang dijangka siap pada 2043 itu melibatkan enam fasa pembangunan dengan kos infrastruktur sebanyak RM5 bilion meliputi beberapa ciri utama termasuk hab perindustrian berasaskan pertanian, logistik, managed park 1, 2 dan 3, kemudahan penginapan, latihan kemahiran vokasional dan teknikal.

Fasa pertama membabitkan pembangunan hab dijangka siap pada 2028.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek ini dijangka bakal menjadi lokasi tumpuan utama pelabur industri dalam negara selepas Selangor dan Pulau Pinang.

“Ini adalah lokasi yang sangat strategik bagi menarik pelabur untuk datang ke Perak khususnya apabila kita mengatakan bahawa sudah tiba masanya Perak menyediakan peluang dan lokasi industri setelah dilihat di Penang dan Selangor telahpun congested (sesak dengan kehadiran pelabur).

“Melalui bantuan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Invest Perak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini antara projek yang membuka peluang kepada pelabur untuk datang ke Perak.

“Sudah tentu projek ini akan membantu dan melonjakkan ekonomi negeri kerana ia akan menyediakan peluang pekerjaan dan peluang industri kepada rakyat negeri Perak dan juga dan Malaysia termasuk pelabur daripada luar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Taman Bersepadu Ipoh Raya di Simpang Pulai, di sini pada Khamis. dua

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata selain Ipoh, MRCB turut membuat persiapan dengan menyediakan taman industri di Parit Buntar dan Tanjung Malim bagi memberi pilihan kepada pelabur untuk memenuhi keperluan mereka selepas Selangor dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata pembangunan Taman Bersepadu Ipoh Raya di itu dijangka akan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan khususnya kepada warga Perak apabila projek ini siap sepenuhnya.

#PerakKini #MRCB #TamanBersepaduIpohRaya #SimpangPulai #Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *