Suspek kes bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlands

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid
Suspek kes bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlandssuami isteri di Taman Bercham Aman ditahan polis di Genting Highlands malam.
Lelaki berusia 61 tahun yang juga adik kandung mangsa ditahan di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika penahanan itu dibuat polis turut menemui sebilah kapak dipercayai senjata yang digunakan suspek untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
Bagaimanapun, ujian saringan urin yang dilakukan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.
“Dengan tertangkapnya suspek dan rampasan barang kes, maka kes bunuh ini berjaya diselesaikan dalam masa 11 jam selepas laporan diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.
“Kita akan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Dalam pada itu, terima kasih diucapkan kepada Polis Pahang, pengurusan resort, rakan media dan orang awam atas kerjasama dan bantuan diberikan sehingga membawa kepada penahanan suspek dalam masa yang singkat,” katanya.
Semalam, pasangan suami isteri Ng Chuan Hon, 64, dan Ooi Tin Lu, 59, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah, kesan kecederaan di kepala yang disebabkan senjata tajam dan objek tumpul.
Kejadian itu disedari abang mangsa berusia 65 tahun yang baru pulang dari tempat kerja sekitar jam 8.45 pagi.
#PerakKini #suspek #bunuh #suamiisteri #ditahan #Ipoh
