Kontraktor didakwa edar lebih 10kg dadah

Yip Simon didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 10kg.
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Seorang kontraktor dkontraktor-dihadapkan-di-mahkamah-majistret-atas-pertuduhan-memiliki-lebih-10-kg-dadah-methamphetamineihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan mengedar 10.356 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yip Simon, 35, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine anggaran berat 10,356 gram di tempat letak kereta Pusat Makanan Gunung Rapat 66 pada jam 4.40 petang 21 Julai lalu.
Simon didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Bagaimanapun, peguambela tertuduh J Matthews memohon supaya satu laporan polis dibuat kerana terdapat fakta yang boleh memihak kepada anak guamnya untuk digunakan di dalam perbicaraan.
Berikutan itu, Noor Azreen Liana menetapkan 11 Oktober depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia daripada Jabatan Patologi serta tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Sementara itu, Matthews ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan isteri tertuduh telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi.
Sebelum ini media melaporkan, polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terbabit dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah jenis methamphetamine lebih 20 kilogram (kg) bernilai RM2 juta.
#PerakKini #edar #dadah #Ipoh
