Tempoh projek penyambungan jalan Meru-Klebang dilanjutkan hingga Oktober

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melanjutkan tempoh siap kerja bagi pembinaan jambatan di bawah projek penyambungan Jalan Meru-Klebang selama lima minggu dan dijangka siap sepenuhnya pada 18 Oktober ini.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan kemajuan kerja di tapak sehingga kini sudah siap 80 peratus.

Sebelum ini, projek yang dilaksanakan secara kolaborasi antara MBI dan pemaju itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa A untuk pembinaan jambatan dan fasa B bagi pembinaan jalan.

“Kita telah melantik kontraktor untuk pembinaan jambatan pada 15 Februari dan dijangka akan disiapkan pada 13 September.

“Bagaimanapun, terdapat kelewatan semasa proses perlaksanaan kerja cerucuk mikro disebabkan struktur batuan bawah tanah yang mempunyai kaviti,” jelas kenyataan tersebut.

Dal perkembangan sama, MBI memberitahu pembinaan jalan akan dimulakan pada hujung September selepas pelantikan kontraktor dilaksanakan.

“Semoga penyiapan projek ini akan memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut,” katanya.

#PerakKini #MBI #jalanmeruklebang #lanjut #Ipoh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *