Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Perak kibar bendera separuh tiang tiga hari bermula esok

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya bendera Negeri Perak dikibarkan separuh tiang selama tiga hari di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, baginda bertitah ia sebagai tanda menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan negeri ini.
“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, IIatas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak Darul Ridzuan.
“Di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, menitahkan bendera negeri ini dikibarkan separuh tiang selama tiga hari,” katanya.
Bendera negeri Perak hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula esok sehingga istiadat pemakaman Ratu Elizabeth selesai pada Isnin depan.
#PerakKini #RatuElizabethII #mangkat #Perak #kibar #bendera #separuh #tiang
