GURU MANFAAT PKPB DENGAN BERKEBUN

Oleh Intan Efazila Md Yusop

SLIM RIVER: Seorang guru mengisi masa senggang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengusahakan kebun buah-buahan dekat Slim River, dekat sini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Slim Village, Nurul Badrin Abd Latib, 39, mengusahakan kebun itu kira-kira setahun yang lalu dengan menanam pokok buahan tempatan.

Antara pokok yang ditanam iaitu, pokok durian, rambutan, cempedak, nangka, pulasan, dokong yang diselangi dengan pokok pisang nangka bagi meredupkan kawasan kebun terbabit.

Nurul Badrin berkata penanaman pokok buahan tempatan tidaklah semudah yang dijangkakan kerana ia memerlukan penjagaan dan pembajaan secara berkala, barulah pokok itu hidup subur.

” Masa PKPB terutama cuti sekolah perlu dimanafaatkan dengan aktiviti yang berfaedah supaya masa tidak berlalu dengan sia-sia.

” Aktiviti ini juga dapat mengeluarkan peluh dan secara tidak langsung dapat menyihatkan tubuh badan serta mengurangkan tekanan kerana terlalu lama berada di dalam rumah, ” katanya.

Beliau berkata pokok buahan yang ditanam itu, semuanya benih atau anak pokok tempatan yang dibeli di nurseri berdekatan dan mampu mengeluarkan hasil pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *