Soalan berkaitan PM10 ditanya dalam Who Wants to Be a Millionaire India

Foto: Media Sosial
Oleh Rosdalilah Zahari
SELEPAS dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan tidak kira sama ada di dalam mahupun luar negara.
Terbaharu, menerusi program ‘game show’ terkenal Who Wants to Be a Millionaire di India, sekali lagi nama beliau menjadi tumpuan.

Kali ini nama beliau muncul apabila pengacara program yang juga pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan bertanyakan soalan, negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022, kepada peserta, Nipun Rajan.
Menerusi sedutan video rancangan tersebut, peserta terbabit berjaya menjawab soalan itu dengan tepat tanpa menggunakan sebarang bantuan.
Klip video tersebut kemudiannya mendapat perhatian warganet selepas tular di media sosial.
#PerakKini #tular #PM10 #WhoWantsToBeAMillionaire #India
