MBI anjur Breakfast Fun Run & Walk @ Ipoh Car Free Day

Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Oleh Rosdalilah Zahari

SERAMAI 300 peserta terdiri daripada pelbagai usia menyertai acara Breakfast Fun Run & Walk yang diadakan sempena program Ipoh Car Free Day anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi tadi.

Acara larian yang bersifat riang ria sejauh 5 kilometer itu bermula dan berakhir di Dataran MBI.

Peserta yang berjaya menamatkan larian diberikan hadiah saguhati berbentuk pingat dan sarapan pagi McDonald’s iaitu burger McD serta nasi lemak, minuman Milo, minuman isotonik 100 Plus dan air mineral.

Acara berkenaan dirasmikan Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh, Ahmad Munir Ishak.

#PerakKini #MBI #IpohCarFreeDay #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *