Tiket penerbangan ke Taipei, Banda Aceh antara 50 cabutan bertuah sempena MATTA Fair Perak 2023

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi bagi destinasi Penang-Kuala Lumpur-Taipei antara 50 hadiah cabutan bertuah sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Perak 2023 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini bermula hari ini dan esok.

Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 pada pameran ini layak untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Hadiah pertama yang menanti adalah penginapan dua hari satu malam di Lake Villa The Banjaran Hotsprings Retreat termasuk sarapan untuk dua orang

Selain itu, tiket ke taman tema terkenal seperti Legoland Malaysia, Resort World Genting, penginapan di beberapa hotel di sekitar lokasi menarik di Perak dan baucar pelancongan adalah antara hadiah lain yang turut disediakan.

Orang ramai masih berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah pada hari terakhir pameran itu yang bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam esok.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai MATTA Fair Perak boleh berbuat demikian menerusi laman Facebook rasmi iaitu facebook.com/mattaperak untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pameran ini dirasmikan Exco Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Loh Sze Yee pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi MATTA Cawangan Perak, Chong Yu Ken; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud

#PerakKini #MattaFairPerak2023 #cabutanbertuah #ICC #Ipoh #Perak #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *