Padah miliki 14,000 pil yaba bernilai RM280,000, sepasang rakan penjenayah lelaki, wanita ditahan

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Padah miliki 14,800 biji pil yaba bernilai RM280,000, sepasang rakan penjenayah lelaki dan wanita ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sebuah rumah di Kamunting, Taiping, malam tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 50 tahun itu dipercayai mula bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah jenis pil Yaba sejak September lalu.
